Pages

Saturday, July 21, 2012

Tentang Kami | Suka Duka SUKMA XV Pahang 2012 Pt I: @sazlindaibrahim

SUKMA XV Pahang telah melabuhkan tirai 16 Julai lalu dengan menyaksikan Pahang telah meunaskan tugas sebagai tuan rumah dengan cemerlang. Walaupun kejuaraan bukan milik tuan rumah, rata-rata tetap berpuas hati kerana kita telah pun melepasi sasaran awal pingat emas. Dan Terengganu melakar satu lagi kejayaan  yang amat membanggakan. Bagi saya yang bertugas di Temerloh bagi acara berbasikal, memang saban hari pasti mendengar lagu negeri Terengganu berkumandang, menandakan mereka sangat komited mengumpul emas.

Pastinya penglibatan sulung saya dalam sukan berprestij Malaysia ini meninggalkan sekian banyak suka duka yang pasti saya akan kenang sampai bila-bila. Sebagai petugas media, saya sangat teruja kerana menjadi saksi mata yang paling utama dan memiliki akses yang tidak terhad. Keterujaan saya juga pastinya kerana berpeluang bergaul dan bekerjasama dengan wartawan dan jurufoto serta jurukamera professional dari pelbagai media.

Penulis bersama rakan-rakan media di Bera. Berbincang sambil menanti ketibaan peserta berbasikal melalui Bandar Bera

Selain petugas media, kami juga saling berhubung dengan para petugas dan sukarelawan SUKMA. Mereka  bertanggungjawab memastikan keperluan kami disediakan, seperti kenderaaan dan makanan. Oleh itu, mereka juga menjadi sebahagian daripada pasukan kami. 

Bersama wartawan NSTP


Keletihan . Orang kuat pusat media 

........bersambung part II
Gambar oleh: Sazlinda Ibrahim, Siti Zaharah





No comments:

Post a Comment