Pages

Friday, September 21, 2012

Syair Rabi'atul Adawiyah

Alangkah senangnya kalau Engkau tetap manis, meskipun hidup itu pahit,

Alangkah senangnya kalau Engkau redha meski semua makhluk membenci,

Alangkah senangnya kalau hubungan ku denganmu tetap terbangun, meskipun hubunganku dengan alam semesta hancur lebur,

Bila benar Engkau cinta, maka segala sesuatu adalah kecil,

Dan segala yang ada di atas debu adalah debu


Wednesday, September 19, 2012

Erti sebuah persahabatan



Kegagalan guru terbaik

Hakikat dalam kehidupan, kita takkan lari daripada melakukan kesilapan. Dan adakala juga usaha yang kita buat tak membuahkan kejayaan. Dulu saya pernah meratapi kegagalan demi kegagalan yang saya lalui. Pernah mempersoalkan kesulitan yang saya tempuhi. Namun kegagalan dan ranjau perjalanan itulah yang mematangkan , jua menjadi panduan terbaik.
Kini saya sering melihat setiap kegagalan, kesilapan dan kekhilafan diri dari perspektif di sebelah sana. Membuka minda dan hati. Redha dengan ketentuan , namun pada masa yang sama jangan pernah berhenti mencuba.
Ya, walaupun kesilapan membuatkan kita belajar, tapi, please bear in mind - perkara silap kalau kita lakukan kali kedua dan seterusnya bukan lagi bernama KESILAPAN! Tapi KEBODOHAN!


Mencari erti bahagia

Kata Ustazah Dr Robiah, kalau ada sedikitpun rasa dendam di dalam hati, sampai bila pun kita takkan rasa tenang dan bahagia. Sebab tu, dalam mencari erti bahagia yang sebenar, kita perlu belajar untuk memaafkan. Juga belajar untuk menerima apa yang ditakdirkan ke atas kita.
Ye, adakalanya keadaan bukan seperti yang kita inginkan.

Katanya juga, Allah menjadikan penyakit LUPA supaya kita boleh memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Supaya ikatan boleh dipelihara.

Lets learn to forget and forgive...


Monday, September 3, 2012

Perception, expectation and acceptance

We always plan our life, we execute and we expect the best. Somehow not every plan executed gives the best result as what we wanted to. One's said to me- we always have our own perception on something. But do we see that in different perception? Do we consider all the factors? 


Friday, August 31, 2012

I won't stop trying....

I don't wanna be someone who walks away so easily...
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences... they do a lot to teach us how to use the tools and gifts we got...

yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend.... at least we did intend for us to work 

we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend... without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am


(I won't give up by Jason Mraz)

I won't stop trying...


Saturday, July 21, 2012

Tentang Kami | Suka Duka SUKMA XV Pahang 2012 Pt I: @sazlindaibrahim

SUKMA XV Pahang telah melabuhkan tirai 16 Julai lalu dengan menyaksikan Pahang telah meunaskan tugas sebagai tuan rumah dengan cemerlang. Walaupun kejuaraan bukan milik tuan rumah, rata-rata tetap berpuas hati kerana kita telah pun melepasi sasaran awal pingat emas. Dan Terengganu melakar satu lagi kejayaan  yang amat membanggakan. Bagi saya yang bertugas di Temerloh bagi acara berbasikal, memang saban hari pasti mendengar lagu negeri Terengganu berkumandang, menandakan mereka sangat komited mengumpul emas.

Pastinya penglibatan sulung saya dalam sukan berprestij Malaysia ini meninggalkan sekian banyak suka duka yang pasti saya akan kenang sampai bila-bila. Sebagai petugas media, saya sangat teruja kerana menjadi saksi mata yang paling utama dan memiliki akses yang tidak terhad. Keterujaan saya juga pastinya kerana berpeluang bergaul dan bekerjasama dengan wartawan dan jurufoto serta jurukamera professional dari pelbagai media.

Penulis bersama rakan-rakan media di Bera. Berbincang sambil menanti ketibaan peserta berbasikal melalui Bandar Bera

Selain petugas media, kami juga saling berhubung dengan para petugas dan sukarelawan SUKMA. Mereka  bertanggungjawab memastikan keperluan kami disediakan, seperti kenderaaan dan makanan. Oleh itu, mereka juga menjadi sebahagian daripada pasukan kami. 

Bersama wartawan NSTP


Keletihan . Orang kuat pusat media 

........bersambung part II
Gambar oleh: Sazlinda Ibrahim, Siti Zaharah





Friday, July 20, 2012

Bicara dalam gambar | Program Intergrasi PLKN Pt I

Coretan ini telah kesekian kali tertangguh. Maafkan cikgu ye! Program Intergrasi PLKN memang meninggalkan 1001 kenangan yang banyak mengajar cikgu tentang erti kehidupan. Cikgu melihat harapan dan kekecewaan di mata kamu. Cikgu melihat potensi dan halangan dalam diri kamu.Namun masa yang dipinjamkan untuk bersama kamu terlalu singkat. Walaupun begitu tetap berbekas di hati cikgu. Harapan cikgu, kamu pun begitu..




Tukang menghabiskan tape cikgu






Bertungkus lumus menyiapkan pokok intergrasi

Gadis-gadis I01





Pokok Intergrasi kita


Cikgu terharu,...




Saturday, July 14, 2012

@SukanMsiaXVPhg: Corat-coret SUKMA XV Pahang di Temerloh | Bicara dalam gambar Part V #mgamesxv

Lagi gambar bercerita...sekitar acara BMX di Sri Tualang, Temerloh. Pahang memungut emas menerusi Mohammad Aim bin Mohd Fauzi











Gambar: Khirrul Nirwan

@SukanMsiaXVPhg: Corat-coret SUKMA XV Pahang di Temerloh | Bicara dalam gambar Part IV #mgamesxv

Yang menarik sekitar SUKMA XV Pahang bagi acara di Temerloh. Bicara dalam gambar...

Lawatan YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin ke bilik mediaTemerloh



Gelagat para pesilat. Apa yang membanggakan, Pahang merangkul 10 emas bagi acara silat setakat ini.













Gambar: Khirrul Nirwan, Sazlinda Ibrahim dan Siti Zaharah