Pages

Sunday, January 23, 2011

Struktur faraid

Ramai yang tahu buat duit. Ramai juga yang tau habiskan duit. Ramai yang pandai dan kreatif mengumpul harta. Dan sekarang ramai juga yang bijak melindungi harta mereka serta melaburkannya untuk mengembangkan lagi kekayaan. Inilah perkembangan dan inovasi produk kewangan di Malaysia. Tapi sayangnya tak ramai yang ada kesedaran tentang bagaimana nak membuat pengurusan dan pembahagian harta, terutama setelah kita dah tinggalkan dunia ini. Ini yang kita selalu lupa sedangkan harta yang semasa hidup menjadi milik kita adalah hak waris-waris setelah kita meninggal dunia.
Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Serahkanlah harta pusaka kepada pemiliknya.
Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada
kaum keluarga yang terdekat. “
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Jadi, pernahkah kita terfikir siapakah WARIS-WARIS kita? Tahukah kita struktur faraid kita? Sangat penting untuk kita mengenalpasti struktur faraid kita agar pertikaian dan kekeliruan boleh kita elakkan di kemudian hari. Tentunya kita mengharapkan kita akan bersemadi dengan tenang di sana. Tapi tenangkah kita jika harta yang kita susah payah kumpul semasa masih bernyawa menjadi punca perpecahan keluarga. Ilmu tentang faraid ini telah jelas di sebut dalam surah An Nisa ayat 11 dan 12.


Maka di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang dikatakan tentang struktur faraid.:

Ini adalah struktur faraid biasa bagi seorang lelaki (petak 4 segi) mempunyai seorang isteri, seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan serta ibu dan bapa. Bagi keluarga ini waris-warisnya adalah ibu bapanya, isterinya dan anak-anaknya di mana pembahagian hartanya adalah mengikut pecahan berikut: 1/6 untuk bapa, 1/6 untuk ibu yang melahirkan, 1/8 untuk isterinya, 1/3 untuk anak perempuan dan 2/3 untuk anak lelakinya. Di sini ashobah (penghabis harta) bagi hartanya adalah anak lelakinya. Persoalannya, bagaimana jika hamba Allah ini mempunyai hasrat hati untuk memberi lebih banyak bahagian hartanya kepada isterinya. Boleh ke? Kan kene ikut faraid? Jawapannya: BOLEH. Tapi melalui cara yang dibenarkan oleh syariah iaitu melalui HIBAH/HARTA SEPENCARIAN.

 Rajah di atas menunjukkan bahawa harta yang tertakluk kepada hukum faraid adalah harta bersih setelah ditolak hasrat hatinya (hibah/waqaf/amanah), kos pengebumian, hutang-hutang (termasuk zakat), wasiat dan harta sepencarian. Jadi dalam Islam telah disediakan cara untuk kita menguruskan dan membahagikan harta kita dengan baik dan teratur.

Saya terpanggil untuk berkongsi soal perwarisan harta ini setelah ramai yang saya temui mempunyai pemahaman yang dangkal tentang faraid. Ramai yang berpendapat tak perlu untuk uruskan pembahagian harta kerana kita dah ada hukum faraid. Tapi Allah menetapkan faraid itu sebagai jalan terakhir jika kita GAGAL menguruskan pembahagian harta kita dengan baik. Saya bersedia untuk berkongsi secara lebih mendalam soal ini kerana apa yang saya dapat kongsikan di dalam entri ini hanya sedikit sahaja. Anda yang berminat boleh hubungi saya di szarra130@gmail.com. Saya juga memberi ceramah percuma mengenai struktur faraid jika anda inginkan. Semoga anda dapat memperoleh sedikit sebanyak gambaran mengenai perwarisan dan pengurusan harta.

Wallahualam


Credit to: Pn Yati & En Abu